Assalamualaikum, sekarang ini Aina semakin meningkat menjadi remaja yang lebih matang. Walupun secara faktanya, Aina tak matang lagi. Cakap pasal matang , Aina pernah terfikir layakkah Aina menjadi pemimpin. Kerja memimpin amatlah sukar dilakukan, lebih-lebih apabila kita harus memimpin sesuatu pentadbiran yang besar. Aina telah mengambil borang Badan Wakil Pelajar (BWP). Badan ini berfungsi sebagai wakil kepada semua pelajar sekolah dalam melahirkan suasana sekolah yang lebih baik.
Aina sebenarnya telah mengambil tindakan yang agak terburu-buru. Memang dari tingkatan 1 lagi, Aina bercita-cita untuk menjadi pemimpin kepada sekolah. Tetapi semakin meningkat usia Aina, semakin sukar untuk mencapai cita-cita tersebut. Borang telah Aina ambil, tiada lagi langkah kebelakang untuk memulangkan borang tersebut. Kalau Aina buang, pulang atau serahkan kepada orang lain, Aina didenda dengan wang tunai sebanyak RM50. Giler kau! Siapa nak kasi RM50 macam tu sahaja. Tapi yang penting Aina telah pun ambil borang itu.
Apabila Aina selak sahaja borang itu... Terkejut beruk Aina! Aina perlu isi jawatan/pertandingan yang Aina pernah dapat dan sertai. Apa yang Aina tahu adalah Aina tidak banyak membuat penglibatan dalam sesuatu acara selepas tahun 2013, iaitu ketika Aina tingkatan 2. Apa yang paling kelakar adalah apabila Aina dikehendaki mengisi aktiviti sukan yang Aina pernah sertai.
Aina banyak melibatkan diri dalam aktiviti perkemahan ketika Aina berusia 12 tahun ke bawah. Ketika itu, Aina dibesarkan dalam suasana yang bukan berasrama. Jadi, Aina mempunyai banyak masa terluang untuk melakukan aktiviti yang berfaedah. Selepas daftar sahaja nama Aina kedalam sistem Mara, masa Aina terus menjadi terhad kerana kesibukan melaksanakan aktiviti maktab. Aina tak boleha salahkan maktab juga kerana Aina juga tidak pandai mengambil peluang dan menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya.
Apa yang Aina bagi tahu adalah peluang di dalam MARA teramatlah banyak sehinggakan ke peringkat antarabangsa. Jadi konklusinya, gunakanlah masa dengan seelok-eloknya dan carilah peluang untuk mencapai cita-cita.
Kita balik kepada topik BWP. Pemilihan BWP kebiasaannya dibukakan peluang kepada tingkatan 4 dan tingkatan 2. Tetapi sebelum Aina dapat menjadi seorang ahli BWP, Aina perlu melalui beberapa peringkat. Seperti sedia maklum, untuk mejadi seorang CALON BWP, Aina harus menghadapi seksaan besar di bilik temuduga dahulu. Sekiranya Aina lepas daripada seksaan ini, Aina layak menampal muka Aina di serata tempat untuk mempromosikan diri untuk menjadi ahli BWP. Antara dugaan yang tertinggi untuk menjadi seorang BWP adalah Aina harus memberi kepercayaan kepada pelajar dan rakan-rakan tentang kelayakan Aina dalam memimpin maktab ini. Melalui menifesto dan pembentangan dapat menguatkan lagi kepercayaan pelajar dan rakan-rakan tentang diri Aina.
Sekiranya Aina dapat mejadi calon BWP, Aina bercita-cita utuk menjadi Biro Puteri atau Biro Makanan. Pekerjaan Biro Puteri adalah jauh lebih sukar dibandingkan dengan Biro Makanan. Hal ini kerana Biro Puteri harus menjalankan pekerjaannya sepanjang masa. Ini menunjukkan bahawa seorang Biro Puteri perlulah mempunyai mentaliti yang tinggi dalam mengahadapi pelabagai arus rintangan. Manakala untuk Biro Makanan pula,pekerjaannya amat mudah kerana hanya harus dilakukan pada masa yang tertentu sahaja. Contohnya, krisis pemakanan yang kurang sihat dan merbahaya dan aktiviti maktab yang melibatkan penggunaan Dewan Selera.
Aina tidak kisah jikalau Aina tidak layak untuk menjadi seorang BWP kerana Aina sedar bahawa banyak lagi kekurangan yang Aina perlu ubah pada diri Aina. Pada pembaca di luar sana, tidak kira yang mengenali saya atau tidak, saya harap kamu dapat doakan yang terbaik untuk saya. :)
0 comments:
Post a Comment
Hello! Hello!
Tinggalkan comment anda di sini!
Note: only a member of this blog may post a comment.