Thursday, 20 November 2014

Pertama kali menjaga kedai

Assalamualaikum, sepanjang cuti semester, Aina dirumah mengambil peluang yang ada untuk menggunakan masa sepenuhnya. Walaupun tak sepenuhnya. Disebabkan Aina (F3) diberi cuti awal oleh guru-guru ,ibu memberi cadangan untuk membantu ibu menjaga kedai untuk seketika sementara tiada lagi pekerja tetap.
Aina agak terkejut selepas mendapat tahu bahawa ibu sudah mempunyai plan lebih awal lagi. Tapi takpelah...sementara Aina tak ada kerja nak dibuat boleh je Aina tolong ibu. Lagi pun dapat pengalaman apa.

Kedai ibu sebenarnya dikongsikan bersama rakan-rakan untuk mengurangkan beban sewa kedai. Kedai itu berkonsep vendor. Jadi, ruangnya agak kecil. Kedai itu terletak di Seksyen 7,Shah Alam dan paling menguntungkan belakang kedai adalah Laman Seni 7.Barang ibu tak banyak lagi. Perlu ditambah. Ibu jual kasut,dress,seluar,baju dan beg. Kawan-kawan ibu pulak,ada yang jual tudung dan beg juga dan Mak Yang (adik ibu) jual skirt dan jaket.Tak ramai juga yang masuk ke kedai. Tapi ada jugak yang beli. Kalau dapat satu jualan sehari pun jadilah.

Pada pertama kali Aina duduk di kedai,tidaklah boring sebab Aina di temani novel Ain Maisarah yang bertajuk Mr. Right Berkopiah. Cerita buku ni kelakar jadi taklah boring,kan? Tapi selepas Aina habis shj baca buku ni Aina terus boring. tak tau apa nak buat sebab bukan pelanggan masuk selalu pun. Jadi konklusinya, apabila anda menjaga kedai,anda haruslah ditemani gajet atau buku bacaan.


Ini cerita lain pulak! Pada pertama kali Aina Aina membuat urusan jual beli, Aina mengigil tau. Tak tau kenapa,bila Aina nak ambik nak masukkan duit syiling kedalam poket,terketar-ketar. Lol. Tapi Alhamdulillah, buat kali kedua Aina boleh membuat urusan jual beli dengan tenang.

Jadi ini pengalaman Aina menjaga kedai selepas PT3. Yup,ketika berumur 15 tahun. Tidak mengapa bak kata orang tua-tua,pengalaman itu manis.Hehehehehe.... Bye
Terima Kasih sbb bace entry Aina..bACe AgI tAU

0 comments:

Post a Comment

Hello! Hello!
Tinggalkan comment anda di sini!

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for Blogger
Aina Zafira Lolippopez