Thursday, 20 November 2014

Pertama kali menjaga kedai

Assalamualaikum, sepanjang cuti semester, Aina dirumah mengambil peluang yang ada untuk menggunakan masa sepenuhnya. Walaupun tak sepenuhnya. Disebabkan Aina (F3) diberi cuti awal oleh guru-guru ,ibu memberi cadangan untuk membantu ibu menjaga kedai untuk seketika sementara tiada lagi pekerja tetap.
Aina agak terkejut selepas mendapat tahu bahawa ibu sudah mempunyai plan lebih awal lagi. Tapi takpelah...sementara Aina tak ada kerja nak dibuat boleh je Aina tolong ibu. Lagi pun dapat pengalaman apa.

Kedai ibu sebenarnya dikongsikan bersama rakan-rakan untuk mengurangkan beban sewa kedai. Kedai itu berkonsep vendor. Jadi, ruangnya agak kecil. Kedai itu terletak di Seksyen 7,Shah Alam dan paling menguntungkan belakang kedai adalah Laman Seni 7.Barang ibu tak banyak lagi. Perlu ditambah. Ibu jual kasut,dress,seluar,baju dan beg. Kawan-kawan ibu pulak,ada yang jual tudung dan beg juga dan Mak Yang (adik ibu) jual skirt dan jaket.Tak ramai juga yang masuk ke kedai. Tapi ada jugak yang beli. Kalau dapat satu jualan sehari pun jadilah.

Pada pertama kali Aina duduk di kedai,tidaklah boring sebab Aina di temani novel Ain Maisarah yang bertajuk Mr. Right Berkopiah. Cerita buku ni kelakar jadi taklah boring,kan? Tapi selepas Aina habis shj baca buku ni Aina terus boring. tak tau apa nak buat sebab bukan pelanggan masuk selalu pun. Jadi konklusinya, apabila anda menjaga kedai,anda haruslah ditemani gajet atau buku bacaan.


Ini cerita lain pulak! Pada pertama kali Aina Aina membuat urusan jual beli, Aina mengigil tau. Tak tau kenapa,bila Aina nak ambik nak masukkan duit syiling kedalam poket,terketar-ketar. Lol. Tapi Alhamdulillah, buat kali kedua Aina boleh membuat urusan jual beli dengan tenang.

Jadi ini pengalaman Aina menjaga kedai selepas PT3. Yup,ketika berumur 15 tahun. Tidak mengapa bak kata orang tua-tua,pengalaman itu manis.Hehehehehe.... Bye
Terima Kasih sbb bace entry Aina..bACe AgI tAU

Thursday, 13 November 2014

Mummy is that you?

    




Terima Kasih sbb bace entry Aina..bACe AgI tAU

First Batch PT3 2014

Assalamualaikum, sudah kian lama Aina tidak menulis dalam blog. Aina sudah pun melalui PT3. Pada pertama kali Aina mendengar bahawa soalan PMR akan ditukar,aina agak terkejut kerana Aina belum bersedia dengan format iaitu dipanggil sebagai PBS. Selepas setahun setengah di alam sekolah menengah, Aina mendapat khabar bahawa PBS akan ditukar kepada PBSMR. Aina tanya pada rakan Aina, apakah beza antara kedua tersebut? Rakan Aina menjawab, tiada apa-apa kot.

Selepas itu, Aina mula terima PBSMR dalam hidup Aina walaupun Aina merasakan bahawa PBSMR ini agak memenatkan pelajar dan guru-guru. Ketika Aina berumur 15 tahun, Aina dikejutkan dengan PT3! Ye, Pentaksiran Tingkartan 3 dan paling meyedihkan pihak yang bertangggungjawab memberi tahu perkara ini pada bulan Jun. Ye betul, 6 bulan sebelum ujian PT3 bermula. Semua subjek ditukarkan format. Ada yang senang dan ada yang susah.

 

 Aina hampir giler dibuatnya sampai Aina termimpi Aina berjumpa dengan Kementerian Pelajaran bahawa kami tidak bersedia dan berkata "kenapa tak bagi tau awal-awal,hah?!"
Ye, kami tidak sedia kerana format yang ditukar amatlah jah berbeza tetapi guru kami cakap tidak perlu risau kerana apa yang kami beljar tetap sama cuma yang berlainan hanyalah format. Guru kami berkata, jangan takut kerana bukan kami seorang yang melaluinya bahkan satu Malaysia.

Aina mula terima kenyataan bahawa Aina perlu rempuh dugaan ini. Aina mengulangkaji sebanyak mungkin walaupun kadang-kadang malas. Aina agak terkesima apabila mendengar kebanyakan rakan-rakan Aina mengetepikan pelajaran keran stres akibat daripada penukaran format yang lambat diwar-warkan.
 

Seminggu sebelum peperiksaan, adakah Aina bersedia ke belum? Jawapanya....belum!! Walaupun Aina sudah membaca banyak kali tetapi tidak melekat dengan kuat dalam otak. Aina lebih kesian kepada rakan-rakan Aina yang stres mula membaca seminggu sebelum peperiksaan. Aina terus membaca.

 

Amat menyedihkan , 3 hari peperiksaan berturut-turut Aina diberi dugaan oleh Allah untuk mengalami demam,pening dan selsema serentak. Aina tidak tahu nak buat apa. Apabila rakan Aina menanyakan soalan Aina tidak dapat menjawab walaupun Aina sudah baca banyak kali. Ye,sebelum peperiksaan bermula, kami bagaikan membuat study group kerana kami tidak bersedia..Tetapi Aina besyukur kerana zikir yang banyak sebelum peperiksaan bermula Aina dapat menjawab kertas tanpa gangguan penyakit Aina. ( Bila keluar dari dewan datang balik penyakit tu )

 

Sekarang Aina hanya menunggu keputusan yang akan dihantar bila-bila masa sahaja. Aina harus menerima kenyataan sekiranya Aina harus dikeluarkan dari sistem MARA.Tetapi Aina harap bukan itu yang akan terjadi, Aina berdoa agar Aina akan dipanggil pulang ke maktab untuk menunggu keputusan sekolah oleh MARA.Aina tidak ingin keluar dari sistem MARA kerana Aina ingin mengambil peluang yang banyak ketika Aina di Tingkatan 4 kerana Aina percaya bahawa Aina mampu maju kehadapan untuk mencapai cita-cita Aina.

Doakan Aina Ye!!  :)
Terima Kasih sbb bace entry Aina..bACe AgI tAU

Related Posts Plugin for Blogger
Aina Zafira Lolippopez