Tuesday, 13 November 2012

Bab 1 : Mimpi




  • Assalamualaikum,aina sekarang dah mula minat dengan menulis cerita.Jadi ini cerita pertama yang aina ngah buat.Cerita ini bertajuk Disebalik Asrama Lama. Ia mengenai sekolah asrama lama yang pernah diduduki oleh pelajar pada zaman peperangan Jepun.Dan sekolah ini ada banyak sejarah lama yang tiada siapa tahu KECUALI ia akan terbongkar.




           “Crenghhk…..!!”pintu di buka perlahan-lahan.Bilik yang dilihat itu kelihatan lama seakan tidak pernah disentuh.Kerusi kelihatan terbakar.Bau yang tidak dapat dicam masih terfikir di kotak pemikiran.Abu hitam di merata-rata tempat.Semuanya seakan terbakar.Tiba –tiba seorang budak datang dari belakang.”Kak,boleh tolong tak?”budak itu tunduk kebawah tanpa memandang Alesya apabila menyoal.”Adik dari mana?”Alesya berkata dengan mengangkat kening sebelah kanan.Memang sungguh pelik,budak itu seakan-akan pelajar tingkatan satu.Ketinggian dia hamper sama dengan Alesya.Dia memakai blouse berwarna putih,sungguh comel.Bentuknya seakan-akan pakaian tidur orang Jepun.Tetapi yang pelik sekali,pelajar tingkatan satu diwajibkan pulang bermalam selama seminggu dan hanyalah pelajar tingkatan 3 dan 5 yang tidak dibenarkan pulang.Sungguh aneh.
                 
           Budak Itu pun berkata sambil menaikkan kepala ke atas untuk melihat Alesya “Adik dari bilik ni”.Sungguh mengejutkan,Alesya seakan tidak boleh bernafas,muka comel miliknya menjadi pucat lesu.Apakan tidaknya,budak di hadapannya adalah HANTU.Mukanya sebelah kiri terbakar,mata sebelah kanannya pula tiada,mulutnya terkoyak disebelah kanan dan paling mengejutkan dahinya seakan dijolok dengan sebilah pisau.Alesya tidak dapat membuat apa-apa,dia tersungkur ke atas lantai.Hanya satu benda sahaja yang di lihat iaitu budak itu!”Kak…tolong adik,kak…”budak itu menangis teresak-esak tanpa henti sambil tersenyum.
            

           Tiba-tiba…”Wei Alesya!Bangunlah kita dah lewat nak pergi ke sekolah ni.Cepatlah bangun... moning kol nak dekat mula ni.Cepatlah pergi tukar baju, tak sempat nak mandi ni.Wei Alesya!Bangunlah!”Andylia mengoyangkan tubuh Alesya agar rakannya itu dapat bangun daripada tidurnya.
           Andylia adalah rakan baik kepada Alesya,mereka kenal sejak di satukan menjadi teman sebilik ketika tingkatan 3.Mukanya mempunyai campuran Pakistan dan Melayu.Itulah membuatkan dia mempunyai banyak peminat,tidak kira daripada jenis bangsa,mesti saja orang cuba mengorat dia.Tapi apakan daya,tidak satu pun yang dipilih.
             “Ape ni ganggu tido orang..”Alesya menggesek matanya.Andylia dengan rasa marahnya menolak Alesya hingga jatuh katil.”Kau ingat sekarang kol bape,huh!Dah pukol tujoh tau tak!Cepat bangun!”marah Andylia .Alesya tanpa membuang masa bangun seakan-akan robot terus mengambil baju daripada loker.Cepat-cepat di sarungkan ke dalam tubuh badan.
                                                          
..................................................................................             

             “Hello?”Andylia melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Alesya.Sungguh,ia membuatkan Alesya tersentak dan bangun dari lamunan.Andylia dengan risaunya bertanya kepada rakannya itu “Awak kenapa?Dari mula kelas hingga tamat kelas,awk asyik termenung sahaja”.”Entahlah ,sudah dua kali saya mimpi mengenai asrama terbakar”Alesya menjuihkan bibirnya seakan-akan Angelina Jolie.Andylia tahu rakanya penat dan stress akibat lewat tidur.Lalu dia berkata”Saya rasa malam ini awak kene tidur awal sedikit,yelah,mungkin awak terlalu penat sehinggakan mimpi buruk”.Tidak sempat Alesya ingin menjawab,guru kelas mereka bernama Mariam sedang memasuki kelas 3 Permata .’Andylia memang seorang yang mengambil berat dan memahami tetapi saya rasa ada sesuatu disebalik mimpi itu’bisik hati Alesya.
 
 ......................................................................................

             “Ring!!!” jam loceng sekolah sudah pun berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah tamat.Alesya sedang mengemas buku dan alat tulisnya yang berselerak di atas meja selepas membuat projek Geografi manakala Andylia menunggu rakanya itu di hadapan pintu kelas.”Lesya,dah siap ke belum?Cepatlah,nanti Dewan Selera penuh!”jerit Andylia kepada Alesya sambil memandang sebatang pokok bunga di luar kelas.Andylia membengkokkan tubuhnya untuk melihat pokok bunga itu dengan jelas. Bunga itu tidak pernah dilihat sebelum ini oleh Andylia.Bunga itu kelihatan baharu dan cantik.Warnanya yang menyerlah berwarna ungu,pasti dapat menarik perhatian kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.Batangnya berwarna coklat indah bagaikan coklat jenama Cardbury,ianya kelihatan sungguh menawan.
            
             Tiba-tiba,daripada bunga yang indah lagi senang dilihat telah mengeluarkan titisan cecair merah menyala.Andylia hendak cuba menyentuh tetapi “Awak sedang buat apa itu?”soal Alesya sambil menyentuh lembut bahu kiri Andylia.Alesya menjadi pelik.’Mengapakah Andy membengkokkan tubuhnya?’soal hatinya.Andylia tersentak ,lalu berdiri tengak kearah Alesya sambil menarik nafas dengan laju.Awak tak nampak ke saya sedang buat apa?!”Andylia meninggikan suara kepada Aleya sambil menoleh ke tempat yang dikatakan pokok bunga tertanam.Memang benar ,tiada satu pun batang pokok kelihatan,hanyalah ada lalang-lalang lama yang sudah berwarna keemasan.”Dahlah,jom kita pergi ke makan.Saya sudah lapar ni”tanpa belas kasihan Alesya menarik tangan kiri rakannya itu yang kaku berdiri .
 



Terima Kasih sbb bace entry Aina..bACe AgI tAU

0 comments:

Post a Comment

Hello! Hello!
Tinggalkan comment anda di sini!

Note: only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for Blogger
Aina Zafira Lolippopez