Tuesday, 20 November 2012

Fakta 3: Rumah hantu terbesar dan paling menakutkan

Rumah hantu merupakan sebuah tempat yang dibina untuk memberi peluang kepada para pengunjung merasai pengalaman seram. Walaupun pada asalnya rumah hantu ini dibina untuk sekadar hiburan sahaja, namun ada juga yang menganggap ia tempat yang paling menyeramkan. Sebuah rumah hantu yang terletak di negara matahai terbit, iaitu Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia.

Bangunan usang ini telah diubahsuai menjadi rumah hantu dalam tema hospital.  Berbeza dengan rumah hantu biasa di Taman Tema (theme park) atau Fun Fair, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan.

Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2 – 3 orang untuk menuju ke pintu keluar.  Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu atau tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung.  Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar.  Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung.

Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat.  Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut.

Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan itu.

Kerana terlalu menakutkan, ramai pengunjung yang terluka kerana terjatuh dalam bangunan hantu itu.  Berikut adalah di antara gambar-gambar yang menyeramkan di rumah hantu tersebut :




          






Terima Kasih sbb bace entry Aina..bACe AgI tAU

Cerita : Hantu di Hostel

  •  Assalamualikum,kali ni baru ada power.Aina baca pon dah takut.Sudahlah aina dok asrama ish!!Baca tau!Jangan tak bace...
  Mendengar cerita-cerita hantu dari senior kepada junior merupakan perkara biasa di asrama sekolah. Tidak cukup itu lagi, ia juga berlanjutan sehinggalah ke dunia hostel pelajar universiti.  
 Pelbagai versi cerita hantu kita dengari. Jom kita dengar sebuah kisah hantu di hostel.


Gambar Hiasan

Korang mesti tak pernah dengar cerita hantu dari Russia kan Entah la,aku bukan tak nak cerita, masalahnya aku tak nak ambil tahu pun. Yelah. Dulu kat bilik lama aku selalu duduk kat dalam bilik sorang-sorang. Nanti tak pasal-pasal je.. Apa-apa pun ni cerita yang dialami sendiri oleh kawan aku. Budak Malaysia gak.

Kawan aku ni dia ada awek kat Malaysia. Jadi ada kalanya mestilah nak Skype dan berwebcam bagai untuk melepaskan rindu. Biasalah tu kan, long distance relationship macam tu la. Tak tau dah berapa lama diorang couple, tapi aku rasa maklumat tu takde kaitan la dengan cerita hantu ni.

Dia ni selalu bangun awal pagi untuk chatting dengan awek dia. Tak pasti awal macam mana, sebab aku tak sempat lagi interview mangsa. Cuma dengar cerita ni daripada mulut ke mulut je. Diceritakan satu hari tu dia bangun awal macam biasa untuk chatting dengan kekasih hati dia. Kawan-kawan sebilik semua dah tidur. Maka duduklah dia seperti biasa kat meja, chatting sambil buka webcam.
Click Here

Hari tu sejuk dia lain sikit. Tinggal kat hostel ni, kalau duduk kat floor yang lagi tinggi, kesejukan tu makin kurang terasa. Tak taulah kenapa malam tu sejuk dia memang lain macam sikit walaupun bilik dia kat tingkat 15. Rasa macam ada angin tiup je.. perlahan. Dingin. Kadang-kadang kalau angin kuat sikit rasa macam ada orang je tiup kat tepi tengkuk. ishh.. Tapi kawan aku ni relax je. Dah bermalam-malam kot dia online waktu-waktu ni, jadi benda macam ni dah boleh kata biasa pada dia bak kata orang dah jadi alah bisa tegal biasa. Untuk menghilangkan sikit kesejukan malam, dia bancuh Nescafe 3-in-1. Waktu sejuk ni memang best dapat minum air panas.

Lepas bancuh Nescafe, dia terpandang kat tingkap. Tingkap tak ada langsir jadi memang boleh nampak hutan belakang yang besar dan paya. Belakang hostel ni ada paya, tapi air dia kotor sangat. Kalau tengok dalam Google maps pun boleh nampak paya tu. Bila datang musim sejuk paya tu beku, tapi awal-awal ni belum beku sepenuhnya. Bahaya kalau main-main atas paya yang tak cukup beku ni.. Malam tu bulan mengambang penuh. Jadi memang terang semacam je hutan belakang tu. Baru kawan aku perasan tingkap tu tak tutup rapat. Patut la sejuk je..
Dia duduk menghadap laptop Acer tu balik. Webcam terbuka dari tadi. Jadi si awek nampak la apa yang berlaku kat sini. Mereka sambung chatting. Lampu ditutup, barulah ada feel sikit kan. Tengah chatting sekali si awek bukak baju tanya:

“Eh kawan you pun tak tidur lagi eh?”
Jangan jadi blogger syok sendiri

“Mana ada, semua dah tidur la..”

“Tapi ada je I nampak orang lalu lalang belakang you”

“….”

Bila ditanya balik, sepanjang mereka chatting sebelum tu memang si awek nampak kelibat orang belakang kawan aku tu. Tapi tak nampak siapa sebab gelap kan. Ingatkan kawan sebilik yang tak tidur lagi padahal dah lama diorang tidur. ish..

Ingat ye, ni kisah benar first hand daripada orang yang kena. Pada aku, memang seram la sebab dalam hostel ni je. Pada korang, mungkin tak.




 

Terima Kasih sbb bace entry Aina..bACe AgI tAU

Lawak : Wanita comel jatuh dari bangunan

  •  Kali ni,aina memang suka.Untuk pengetahuan korang ,kalau kita mempertahankan harta, atau keluarga, atau kehormatannya,insyallah dia akan tergolong orang yang mati syahid.

Seorang wanita cantik dan comel yang bernama Suraya terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan. Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.


Sekadar gambar hiasan (Google.com.my)

Suraya : Terima kasih, anda telah menolong saya…

Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi…

Suraya : Bagaimana?

Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku….

Suraya : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!

Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu…

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula Suraya. Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut Suraya.

Suraya : Terima kasih, anda telah menolong saya…

Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi…

Suraya : Bagaimana?

Lelaki Perancis : Tidur dengan aku…

Suraya : Tak guna!! Aku tak mahu!

Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu…

Lelaki Perancis itu melepaskan semula wanita itu. Dari tingkat 50, 40 dan 30, tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap Suraya. Suraya mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Melayu berjaya menyambut Suraya.

Belum sempat lelaki Melayu itu bersuara, Suraya terlebih dahulu berkata-kata…

Suraya : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda.

Lelaki Melayu : Astaghfirullah.

(lalu melepaskan semula Suraya kerana terkejut..)


 

Terima Kasih sbb bace entry Aina..bACe AgI tAU

Fakta 2: Awan tsunami di Johor

  • Assalamualaikum,aina jumpa ni dalam satu website.Aina tengok pun terkejut!!Entahlah nak percaya atau tak.Tapi inilah realiti.

Awan Tsunami di Johor (Seram!) | Sebuah awan besar yang persis seperti tsunami telah dirakam di Segamat, Johor pada Disember tahun lalu. Kemunculan awan tsunami itu telah menggemparkan penduduk setempat dan masing-masing telah memberhentikan kenderaan untuk melihat fenomena kejadian pelik tersebut. Foto yang dirakam menunjukkan seperti sebuah tsunami gergasi sedang bersedia untuk menenggelamkan bandar Segamat. Nauzubillah.



Tidak dapat tidak digambarkan dengan kata-kata jika awan tersebut merupakan tsunami yang sebenar. Sangat menakutkan. Agaknya beginilah keadaan di Hari Kiamat kelak. Ibu yang mengandung pun tergugur kandungannya tanpa disedari dan lari lintang pukang. Mana taknya, gunung ganang ketika itu tercabut, dan manusia berterbangan seperti serangga. Nauzubillah. Insaflah.

 




Terima Kasih sbb bace entry Aina..bACe AgI tAU

Monday, 19 November 2012

Fakta 1: 9 Fakta Bila Lelaki Memasak (Lawak!)


  •  Fakta Terkini !! Hah !!Tengah tengok Masterchef kew? Adew nampak laki masak tak? Mestilah ada,kan? Sekarang biar aina kasi fakta mengenai lelaki. Kepada siapa yang dah baca tajuk,jangan lupa baca isi,k?

1) Menurut kajian, 99.9% lelaki di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la.

2) Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk. Dan ini adalah persamaan antara hosmet aku yang dulu dan sekarang. Dalam sinki tu sentiasa ada pinggan dan gelas.

3) Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi.

4) Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju. Yang lebih seksi hanya memakai tuala. Yang lagi kurang bersih memasak sambil menghisap rokok. Tapi yang paling kotor adalah masak sambil mengesat hingus yang meleleh. Tapi yang ni kes terpencil la.

5) Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.

6) Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat. Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar.

7) Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam.

8 ) Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki. Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau perempuan yang masak, komplen orang lelaki banyak sikit.

9) Kalau lelaki membeli pelbagai lauk dan memasak dengan bersungguh-sungguh, serta dalam kuantiti yang banyak, itu maknanya dia nak bagi kat makwe. Tak pun dalam proses nak mengorat.






 




Terima Kasih sbb bace entry Aina..bACe AgI tAU

Tuesday, 13 November 2012

Bab 1 : Mimpi




  • Assalamualaikum,aina sekarang dah mula minat dengan menulis cerita.Jadi ini cerita pertama yang aina ngah buat.Cerita ini bertajuk Disebalik Asrama Lama. Ia mengenai sekolah asrama lama yang pernah diduduki oleh pelajar pada zaman peperangan Jepun.Dan sekolah ini ada banyak sejarah lama yang tiada siapa tahu KECUALI ia akan terbongkar.




           “Crenghhk…..!!”pintu di buka perlahan-lahan.Bilik yang dilihat itu kelihatan lama seakan tidak pernah disentuh.Kerusi kelihatan terbakar.Bau yang tidak dapat dicam masih terfikir di kotak pemikiran.Abu hitam di merata-rata tempat.Semuanya seakan terbakar.Tiba –tiba seorang budak datang dari belakang.”Kak,boleh tolong tak?”budak itu tunduk kebawah tanpa memandang Alesya apabila menyoal.”Adik dari mana?”Alesya berkata dengan mengangkat kening sebelah kanan.Memang sungguh pelik,budak itu seakan-akan pelajar tingkatan satu.Ketinggian dia hamper sama dengan Alesya.Dia memakai blouse berwarna putih,sungguh comel.Bentuknya seakan-akan pakaian tidur orang Jepun.Tetapi yang pelik sekali,pelajar tingkatan satu diwajibkan pulang bermalam selama seminggu dan hanyalah pelajar tingkatan 3 dan 5 yang tidak dibenarkan pulang.Sungguh aneh.
                 
           Budak Itu pun berkata sambil menaikkan kepala ke atas untuk melihat Alesya “Adik dari bilik ni”.Sungguh mengejutkan,Alesya seakan tidak boleh bernafas,muka comel miliknya menjadi pucat lesu.Apakan tidaknya,budak di hadapannya adalah HANTU.Mukanya sebelah kiri terbakar,mata sebelah kanannya pula tiada,mulutnya terkoyak disebelah kanan dan paling mengejutkan dahinya seakan dijolok dengan sebilah pisau.Alesya tidak dapat membuat apa-apa,dia tersungkur ke atas lantai.Hanya satu benda sahaja yang di lihat iaitu budak itu!”Kak…tolong adik,kak…”budak itu menangis teresak-esak tanpa henti sambil tersenyum.
            

           Tiba-tiba…”Wei Alesya!Bangunlah kita dah lewat nak pergi ke sekolah ni.Cepatlah bangun... moning kol nak dekat mula ni.Cepatlah pergi tukar baju, tak sempat nak mandi ni.Wei Alesya!Bangunlah!”Andylia mengoyangkan tubuh Alesya agar rakannya itu dapat bangun daripada tidurnya.
           Andylia adalah rakan baik kepada Alesya,mereka kenal sejak di satukan menjadi teman sebilik ketika tingkatan 3.Mukanya mempunyai campuran Pakistan dan Melayu.Itulah membuatkan dia mempunyai banyak peminat,tidak kira daripada jenis bangsa,mesti saja orang cuba mengorat dia.Tapi apakan daya,tidak satu pun yang dipilih.
             “Ape ni ganggu tido orang..”Alesya menggesek matanya.Andylia dengan rasa marahnya menolak Alesya hingga jatuh katil.”Kau ingat sekarang kol bape,huh!Dah pukol tujoh tau tak!Cepat bangun!”marah Andylia .Alesya tanpa membuang masa bangun seakan-akan robot terus mengambil baju daripada loker.Cepat-cepat di sarungkan ke dalam tubuh badan.
                                                          
..................................................................................             

             “Hello?”Andylia melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Alesya.Sungguh,ia membuatkan Alesya tersentak dan bangun dari lamunan.Andylia dengan risaunya bertanya kepada rakannya itu “Awak kenapa?Dari mula kelas hingga tamat kelas,awk asyik termenung sahaja”.”Entahlah ,sudah dua kali saya mimpi mengenai asrama terbakar”Alesya menjuihkan bibirnya seakan-akan Angelina Jolie.Andylia tahu rakanya penat dan stress akibat lewat tidur.Lalu dia berkata”Saya rasa malam ini awak kene tidur awal sedikit,yelah,mungkin awak terlalu penat sehinggakan mimpi buruk”.Tidak sempat Alesya ingin menjawab,guru kelas mereka bernama Mariam sedang memasuki kelas 3 Permata .’Andylia memang seorang yang mengambil berat dan memahami tetapi saya rasa ada sesuatu disebalik mimpi itu’bisik hati Alesya.
 
 ......................................................................................

             “Ring!!!” jam loceng sekolah sudah pun berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah tamat.Alesya sedang mengemas buku dan alat tulisnya yang berselerak di atas meja selepas membuat projek Geografi manakala Andylia menunggu rakanya itu di hadapan pintu kelas.”Lesya,dah siap ke belum?Cepatlah,nanti Dewan Selera penuh!”jerit Andylia kepada Alesya sambil memandang sebatang pokok bunga di luar kelas.Andylia membengkokkan tubuhnya untuk melihat pokok bunga itu dengan jelas. Bunga itu tidak pernah dilihat sebelum ini oleh Andylia.Bunga itu kelihatan baharu dan cantik.Warnanya yang menyerlah berwarna ungu,pasti dapat menarik perhatian kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.Batangnya berwarna coklat indah bagaikan coklat jenama Cardbury,ianya kelihatan sungguh menawan.
            
             Tiba-tiba,daripada bunga yang indah lagi senang dilihat telah mengeluarkan titisan cecair merah menyala.Andylia hendak cuba menyentuh tetapi “Awak sedang buat apa itu?”soal Alesya sambil menyentuh lembut bahu kiri Andylia.Alesya menjadi pelik.’Mengapakah Andy membengkokkan tubuhnya?’soal hatinya.Andylia tersentak ,lalu berdiri tengak kearah Alesya sambil menarik nafas dengan laju.Awak tak nampak ke saya sedang buat apa?!”Andylia meninggikan suara kepada Aleya sambil menoleh ke tempat yang dikatakan pokok bunga tertanam.Memang benar ,tiada satu pun batang pokok kelihatan,hanyalah ada lalang-lalang lama yang sudah berwarna keemasan.”Dahlah,jom kita pergi ke makan.Saya sudah lapar ni”tanpa belas kasihan Alesya menarik tangan kiri rakannya itu yang kaku berdiri .
 



Terima Kasih sbb bace entry Aina..bACe AgI tAU

Related Posts Plugin for Blogger
Aina Zafira Lolippopez